Blog-blog pakatan sedang hingar menayangkan gambar bendera PAS yang berkibar megah di bumi Palestin ketika sambutan ulang tahun ke 52 kepimpinan Hamas di Palestin.
Tidak perlu untuk diulas sama ada ianya benar ataupun sekadar gimik politik hasil daripada unit kreatif pakatan menggunakan teknologi grafik 'superimposed' kerana persepsinya tidak lari daripada justifikasi kononnya PAS adalah pejuang Islam.
Lucunya, sebagai satu 'pakatan', mengapa hanya bendera PAS yang dikibarkan ? Mengapa tiada persepakatan untuk mengibarkan bendera DAP dan bendera PKR bersama di bumi Palestin ? Adakah ianya menjelaskan lagi bahawa dasar perjuangan mereka memang tidak selari dan tidak saling bersefahaman ? Adakah juga ia bermakna bahawa hanya PAS memperjuangkan Islam manakala yang lain menolak untuk bersama-sama menyokong perjuangan Islam ? Jelas bahawa PAS sebagai komponen minoriti di dalam pakatan tidak diambil peduli kepentingan perjuangan politiknya oleh DAP dan PKR.
Satu ketika dahulu PAS pernah mencemarkan nama baik Malaysia apabila bersekongkol dengan Ambiga untuk mempromosikan rusuhan Bersih3.0 di Makkah.
Apakah tujuan bendera PAS dikibarkan di bumi Palestin sama dengan pemaparan panji Bersih3.0 di Makkah ? Signifikan sekali kerana ianya melibatkan bumi Islam tetapi asas perjuangannya jelas bertunjangkan pelopor dan penggerak yang berbeza niat dan tujuan.
PAS terkenal kerana gemar mengutip derma dari mereka yang bersimpati dengan perjuangan mereka walaupun tidak diketahui ke mana duit derma tersebut dibelanjakan. Tidak boleh dinafikan bahawa jumlah kutipan derma PAS adalah banyak tetapi yang menghairankan, mengapa PAS hanya mampu menghantar sekadar bendera sahaja ke Palestin ?
Propaganda 'pandangan' oleh PAS memang mampu menipu mereka yang sekadar melihat menggunakan mata tetapi tidak mampu menipu mereka yang melihat menggunakan mata hati.
PAS cuba meyakinkan pengundi bahawa mereka adalah pejuang Islam dengan gambar-gambar yang aneh seperti gambar di bawah tetapi sebenarnya ia sekadar gimik politik bagi menutup kelemahan mereka di dalam memperkasakan Islam yang dituntut mengatasi batas-batas sekadar di podium dan pentas ceramah sahaja.
Akhirnya, selagi PAS bersekongkol dengan Anwar Ibrahim yang berdolak dalik di dalam menyatakan sokongannya terhadap Israel, PAS sebenarnya bukan pejuang Islam tetapi sekadar pejuang politik yang menggadaikan Islam di peti-peti undi.









Pas kutip derma bukan kebas duit rakyat mcm umno bn, kah2 malumalumalu
ReplyDelete