Kenyataan Presiden MCA yang diputar belitkan oleh pakatan pembangkang baru-baru ini gagal untuk mengelirukan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional.
Berikut adalah kenyataan beliau yang jelas tidak menyentuh Hudud Islam melainkan Hudud PAS -
"Justeru, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletakkan hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia." - Klik Untuk Link Penuh
Jelas sekali kenyataan beliau bermaksud beliau tidak faham apakah itu Hudud PAS sebagaimana yang telah dideraf di Kelantan dan Terengganu.
Seharusnya PAS mendatangi beliau bagi menjelaskan dan mendidik berkenaan Hudud PAS kerana itu adalah dakwah di dalam Islam.
Sebaliknya PAS terus mengecam beliau tanpa melaksanakan usaha dakwah sebagaimana kenyataan berikut -
"Walaupun setelah berpuluh tahun Umno berpakat dengan parti bukan Islam untuk memerintah Malaysia, mereka masih gagal memberi penjelasan tentang Islam yang sebenarnya kepada rakan-rakan politik mereka di kalangan bukan Islam," kata Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin A. Razali (gambar). Klik Untuk Link Penuh
PAS dengan jelas gagal mewakili Islam dari sudut hikmah dalam berdakwah kerana terlalu ujub politik.





0 comments:
Post a Comment
Hubungi IPS di : share.isupolitiksemasa@gmail.com