Kadar insuran kenderaan akan dikurangkan sebanyak 27% mulai tahun hadapan mengikut kelas jenis risiko kemalangan kenderaan.
Pengurangan kadar insuran ditawarkan berasaskan faktor risiko kemalangan jalan raya yang semakin menurun berikutan penguatkuasaan AES (Sistem Penguatkuasaan Automatik) yang baru dilaksanakan baru-baru ini.
Memetik kenyataan daripada JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) -
PUTRAJAYA, RABU, 17 Oktober, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pelaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya dengan meningkatkan kesedaran pengguna jalan raya terhadap persepsi ditangkap melakukan kesalahan atau Perception of Being Caught (POBC).
Terdapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak berikutan pengumuman kerajaan berkaitan penguatkuasaan AES baru-baru ini namun tawaran ini sudah tentu dapat menjelaskan rasional terhadap langkah-langkah kerajaan tersebut.
Penguatkuasaan dan imbuhan merupakan manifestasi dasar-dasar kerajaan seperti janji ditepati dan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Langkah ini juga merupakan anjakan besar bagi mendidik rakyat agar menerima sistem meritokrasi walaupun di dalam sistem pengangkutan.

Malah, ianya bukan bertujuan untuk mengenakan saman dan denda ke atas pengguna jalan raya mahupun membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa pihak tertentu, menurut JPJ dalam satu kenyataan di sini hari ini. - BERNAMA
Terdapat banyak bantahan daripada pelbagai pihak berikutan pengumuman kerajaan berkaitan penguatkuasaan AES baru-baru ini namun tawaran ini sudah tentu dapat menjelaskan rasional terhadap langkah-langkah kerajaan tersebut.
Penguatkuasaan dan imbuhan merupakan manifestasi dasar-dasar kerajaan seperti janji ditepati dan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.
Langkah ini juga merupakan anjakan besar bagi mendidik rakyat agar menerima sistem meritokrasi walaupun di dalam sistem pengangkutan.

0 comments:
Post a Comment
Hubungi IPS di : share.isupolitiksemasa@gmail.com