Nurul Izzah dengan tegas menyuarakan rasa tidah puas hati beliau terhadap hukum Islam yang menyekat kebebasan umat Islam untuk memilih agama yang lebih baik selain daripada Islam.
Memetik kenyataan daripada beliau -
''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata." Artikel Penuh Sila Klik
Pendirian beliau tersebut adalah tidak salah dan benar sebagaimana yang dinyatakan oleh 'Deklarasi Hak Asasi Manusia Sedunia - Artikel 18' yang menyatakan dengan jelas -
"Setiap orang mempunyai hak kepada kebebasan berfikir, perasaan hati dan agama; hak ini termasuklah kebebasan menukar ugama atau kepercayaannya, dan kebebasan, samada secara bersendirian atau dalam komuniti dengan orang lain dan dalam amalan awam atau swasta, nyata ugama atau kepercayaannya dalam pengajaran, pemujaan dan pematuhan."
"Everyone has the right to freedom of thought, conscience and religion; this right includes freedom to change his religion or belief, and freedom, either alone or in community with others and in public or private, to manifest his religion or belief in teaching, practice, worship and observance."
Malaysia adalah dengan jelas tidak membenarkan kebebasan orang Melayu untuk menganut agama selain daripada agama Islam sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan -
a. Fasal (4) Perkara 11 -Berkenaan larangan penyebaran agama lain kepada penganut Islam – Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
Barangkali apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah sudah tiba masanya untuk Malaysia mengamalkan politik liberal dengan tidak mencampuri urusan kebebasan beragama yang dilihat sebagai menyekat kemajuan negara ini.
Isu agama terbukti tidak membawa kemajuan malahan memecah-belahkan rakyat selama ini. Islam juga menjadi ancaman kepada bangsa lain di Malaysia kerana ia menjadi simbol Melayu dan pengembangannya dilihat menguncupkan populasi bangsa lain di negara ini.




LIKE (Y)
ReplyDeleteLIKE (Y)
ReplyDelete