Kebanjiran artis Indonesia di persada seni Malaysia banyak keburukan berbanding kebaikan kerana mereka bukan sekadar tidak menguncupkan pintu rezeki artis tempatan malahan mereka membawa masuk anasir Islam liberal.
Kebanyakkan artis Indonesia bukan beragama Islam ataupun mengamalkan Islam yang berbeza dengan budaya kita dan akhirnya ia menjadi ikutan.
Setelah masalah menjadi berat, akhirnya UMNO yang mendapat tempias kemarahan orang-ramai.
Belum sedia berpacaran
Oleh Murshid Eunos
murshid@hmetro.com.my
Shae
Meskipun masih berusia 18 tahun dan bersandarkan album sulung, The First yang belum diketahui sambutannya, Shae atau nama sebenarnya, Sheryl Gething sudah sedia memburu impiannya bergelar penyanyi terkenal.
Mengakui ia tidak semudah dibicara, bagaimanapun gadis yang tidak lekang mengukir senyuman ini yakin ia mampu dikejar jika betul cara dan niatnya.
“Pasaran seni di Indonesia begitu luas dan saya sendiri akui tidak mudah untuk mara ke depan. Jika punya bakat dan wajah, ia bukan jaminan untuk membawa seseorang menjadi popular atau terkenal, sebaliknya industri muzik hari ini menuntut lebih daripada itu.
“Bukan lagi bersandar pada kekuatan vokal dan genre muzik, malah seseorang pendatang baru itu perlu punya pesona luar biasa yang mampu memberikan impak jauh berbeza.
“Cabarannya memang besar untuk menjadi seorang yang terkenal kerana begitu banyak saingan di sini namun apa yang menarik, semua bergerak secara positif pada paksi yang sama,” katanya membuka bicara.
Berbual lebih 20 minit dengan penyanyi yang tidak henti-henti bercerita mengenai The First ini, sudah tentu memberikan pengalaman berbeza baik daripada pandangan dan persepsinya mahupun kisah percaturan peribadinya untuk terus kekal menjadi yang terbaik.
Jelasnya yang juga anak sulung daripada dua beradik ini, apa yang penting adalah perjuangannya yang baru hendak bermula.
“Siapa sangka akhirnya apa yang pernah saya mimpikan menjadi kenyataan. Lama saya mengharapkan peluang menjadi artis rakaman ini dan kini pihak Warner Music menaruh kepercayaan kepada saya. Sudah tentu saya tidak akan mempersia-siakannya. Namun ia tidak datang dengan senyuman dan janji manis saja, sebaliknya saya perlu bersedia dengan semangat dan kesungguhan.
“Saya sanggup mengetepikan soal menyambung pelajaran memandangkan saya ingin meletakkan sepenuh tumpuan pada nyanyian. Namun ini tidak bermakna saya lupa pentingnya pelajaran. Mungkin tahun depan saya akan kembali ke kuliah dalam jurusan Perniagaan Fesyen, namun semuanya saya tangguhkan dulu kerana yakin apa yang saya lakukan hari ini akan memberikan imbuhan berbaloi.
“Mujur saya diberikan keluarga, teman dan pihak syarikat rakaman yang begitu yakin dan percaya dengan bakat saya. Lantas, mengapa saya pula tidak memberikan 200 peratus terhadap keyakinan yang sudah mereka berikan itu,” katanya lagi.
Shae kini gigih mempromosikan lagu pertamanya, Sayang daripada album The First sebagai pertaruhan awal.
Menyimpan impian untuk terus membawa naskhah itu ke Malaysia, penyanyi yang menyifatkan Britney Spears, Agnes Monica dan Rossa sebagai inspirasi mengharapkan akan ada peluang itu kemudian hari nanti.
“Saya seperti gadis biasa yang lain, meminati ramai penyanyi pop atau balada yang muziknya mudah didengari, punya personaliti dan karakter menarik untuk saya mudah mengikutinya. Lantas semua yang pernah saya minati dan masih dengar hingga kini, ia mempengaruhi muzik dan gaya saya hari ini terutamanya apabila menjadi penyanyi.
“Namun apa yang lebih penting, saya menekankan pada aspek permainan vokal untuk membezakan saya dengan penyanyi yang lain. Memang sejak awal lagi membabitkan diri dalam dunia seni suara, saya mahu ada identiti sendiri tanpa meniru mana-mana penghibur.
“The First misalnya, berbeza kerana semua lapan lagu yang terkandung dalam album ini ada kelainan pada setiap lagunya. Diharap peminat akan menerimanya dengan baik dan mampu menghargai apa yang cuba saya terjemahkan,” katanya yang banyak menerima reaksi positif daripada peminat Malaysia menerusi facebook dan laman sosial twitter.
The First turut memuatkan lagu lain seperti Kok Telfon Telfon Sih, Cintaku Tlah Mati Untukmu, Hangat Hangat Kuku, Putus Nyambung, Kupikir Dulu, Tetaplah Senyum dan Aku Belum Pernah.
Memiliki wajah jelita dengan segala kriteria sempurna, bohong jika tiada sesiapa melekat di hatinya.
Namun tatkala persoalan itu diajukan, penyanyi bersuara persis Alanis Morisette dan Alicia Keys ini menepisnya dengan senyuman meleret.
“Jujur saya tiada siapa yang istimewa melainkan teman biasa dan keluarga saja.
Bukan memilih atau sengaja tidak mahu berkongsi, namun itulah hakikatnya. Saya masih sendirian tanpa sesiapa yang ‘special’ buat masa ini kerana keutamaan saya adalah untuk menumpukan sepenuh fokus pada album dan kerjaya nyanyian yang baru hendak bermula.
“Saya cuma ada tiga teman rapat, dua lelaki dan seorang lagi gadis dan merekalah sahabat yang mendengar segala keluhan dan keseronokan saya dalam dunia seni. Apa yang penting, mereka setia bersama saya untuk memberikan sokongan dan semangat berterusan agar semuanya lancar dan mengikut landasan.
“Namun bohong jika saya katakan tiada siapa yang mendekati, cuma semuanya sekadar teman biasa dan saya belum lagi sedia menjalinkan mana-mana hubungan serius melainkan kerjaya dan tanggungjawab sebagai pendatang baru,” katanya yang pernah membintangi beberapa sinetron dan filem di Indonesia termasuk yang popular, Monyet Cantik.





0 comments:
Post a Comment
Hubungi IPS di : share.isupolitiksemasa@gmail.com