HTML2

HTML3

HTML8

T Shirt Berkolar Isu Politik Semasa
Sumbangan Ikhlas
Lengan Pendek
Lengan Panjang

HTML7

UNDIAN ATAS TALIAN PRU13 :
Saya Pasti BN Menang Besar - Sila Klik "Like" Di Bawah :
Orang Felda Sokong BN - Sila Klik "Like" Di Bawah :

Monday, April 8, 2013

Kes saman Felda: Peguam wakili Wan Azizah tarik diri


KUALA LUMPUR 8 April - Peguam yang mewakili Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam kes saman fitnah yang difailkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), mengemukakan permohonan untuk menarik diri daripada mengendalikan kes itu.

Peguam Mohd Afiq Mohd Noor memberitahu pemberita bahawa pihaknya membuat permohonan penarikan itu pada Jumaat lepas. Tiada alasan diberikan mengenai keputusannya itu.

Katanya Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaluddin Md Said yang mendengar prosiding di dalam kamar hari ini menetapkan 18 Jun untuk pengurusan kes.

Pada 16 Ogos 2010 Felda dan syarikat pelaburannya, Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd, memfail saman RM200 juta terhadap Dr Wan Azizah dan lima lagi kerana memfitnah agensi itu menerusi artikel yang disiarkan Suara Keadilan.

Selain Dr Wan Azizah, turut dinamakan Felda sebagai defendan ialah Naib Presiden PKR Senator Dr Syed Husin Ali, Pelita Koridor Sdn. Bhd., Percetakan NPK Sdn Bhd, editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib, dan Rusnizam Mahat, yang menulis artikel itu.

Dalam pernyataan tuntutannya, Felda selaku plaintif, mendakwa akhbar itu menerbitkan artikel pada 22 dan 29 Jun lepas yang mengandungi fitnah terhadap Felda.

Felda mendakwa artikel pertama bertajuk "Felda Bangkrap" dan artikel kedua berserta gambar bertajuk "Kontroversi" dan "Bina Bangunan RM662 juta Hanya Libatkan Tiga Individu" berunsur fitnah yang boleh menyebabkan reputasi plantif terjejas.

Felda diwakili peguam Datuk Fairuz Hussein Jamaluddin. - BERNAMA

Sunday, April 7, 2013

Manifesto BN: 6 sebab mengapa rakyat perlu beri mandat kepada BN

LEBIH 50,000 orang memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil ketika Perdana Menteri melancarkan Manifesto Barisan Nasional sempena Pilihan Raya Umum Ke-13 di Kuala Lumpur malam ini. - UTUSAN

KUALA LUMPUR 6 April - Barisan Nasional (BN) hari ini menggariskan enam sebab mengapa rakyat perlu terus memberi mandat kepada parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menurut Manifesto BN yang dilancarkan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di sini malam ini, enam sebab tersebut ialah Malaysia memerlukan kerajaan yang stabil dan kuat, rekod pencapaian, pengalaman, gerakan kesederhanaan, perkongsian kuasa telah teruji dan memenuhi kehendak rakyat.

Rakyat perlukan sebuah kerajaan kukuh yang berupaya melaksanakan Agenda Transformasi Negara ke arah mencapai status negara berpendapatan tinggi yang maju sepenuhnya, menurut manifesto bertajuk “Menepati Janji Membawa Harapan" itu.

BN sentiasa melakukan penambahbaikan dan sepanjang empat tahun lepas, kerajaan BN mencapai banyak kemajuan besar dalam meningkatkan produktiviti dan sistem penyampaian, menurutnya.

"Kejayaan yang dikecapi dalam tempoh 55 tahun tidak boleh dinafikan, kami adalah parti yang mempunyai rekod pencapaian mantap dan menunaikan segala janji.

Selama ini, kerajaan yang diterajui BN telah membawa kemakmuran kepada segenap segmen masyarakat Malaysia," menurut manifesto bertemakan “Rakyat Didahulukan" itu.

“Kami akan meneruskan rekod kecemerlangan ini. Sekarang bukan masa untuk bereksperimen. Jangan sesekali melakukan uji kaji dengan masa depan kita."

Menurut manifesto itu, politik yang dibawa BN ialah politik perpaduan yang berpengalaman mengurus masyarakat pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Parti komponen mengamalkan formula perkongsian kuasa yang efektif dan menolak politik benci membenci, pecah-belah serta menentang eksploitasi kaum dan agama untuk keuntungan politik".

Gabungan pelbagai parti BN telah teruji yang mana selepas 55 tahun, ia masih mewakili seluruh lapisan rakyat dari semua negeri di Malaysia kerana mengamalkan politik konsensus dan keterangkuman.

BN juga terus memperkasakan rakyat melalui peralihan yang terurus ke arah masyarakat progresif, moden dan demokratik dengan iltizam untuk melindungi hak asasi manusia dan alam sekitar, menurut manifesto itu. - BERNAMA

Tuesday, March 26, 2013

Sejauh mana Anwar Ibrahim disyaki sebagai gay..?

Wan Azizah pernah mempertahankan Anwar pada kali pertama video seks beliau diterbitkan... Hujah Wan Azizah yang paling relevan ialah perut suaminya tidak buncit sebagaimana yang dirakamkan oleh video dengan judul China Doll...

Hari ini apabila blog Papa Gomo menyiarkan video yang terang, jelas dan bersuara... Tiada lagi mulut-mulut lancang untuk mempertahankan beliau malahan mereka semua ternanti-nanti video penuh yang diselang-selikan dengan adegan cium ketiak antara satu sama lain...


Masihkah orang Melayu buta hati sanggup menjulang pemimpin yang bernafsu songsang..? Tepuk dada tanyalah iman...

Monday, March 25, 2013

Siapa sebenarnya Papa Gomo..? Burung beri keterangan...

Terkini, Husam Musa melahirkan rasa tersinggung akibat daripada ketidak hadiran individu yang didakwa sebagai Papa Gomo ke mahkamah pada hari ini... Amat melucukan kerana twitter (burung) dijadikan saksi utama apabila Saifuddin Nasution menyerahkan burungnya sebagai bahan bukti akan kewujudan Papa Gomo...

Siapakah sebenarnya Papa Gomo..? IPS telah lama memancing blogger yang menggelar dirinya sebagai Papa Gomo... Ikon tersebut sangat licik kerana sehingga sekarang, masih belum terjadi sentuhan secara fizikal bagi membuktikan kewujudan individu tersebut...

Akhirnya... IPS menyimpulkan bahawa Papa Gomo sebenarnya adalah Anwar Ibrahim... Kesimpulan ini dibuat bersandarkan sumber-sumber bahan terbitan oleh Papa Gomo yang sangat terkini dan tulin... Siapakah yang menyalurkan bahan-bahan tersebut kepada Papa Gomo..? Siapakah orangnya jika bukan daripada Anwar Ibrahim..? Oleh yang demikian, tidak mustahil Anwar Ibrahim adalah Papa Gomo...

Jika Anwar Ibrahim sanggup telanjang untuk popular, tidak mustahil beliau sanggup menjadi Papa Gomo untuk meningkatkan rating-nya pada detik-detik getir PRU diambang menjelang...


*Mengapa hari ini baru Papa Gomo menjadi isu bagi Anwar Ibrahim..? Mengapa tidak dari dulu lagi..? Nampak sangat Papa Gomo adalah ikon ciptaan Anwar Ibrahim... Mengapa juga Trio Datuk T tidak disaman..?

Sunday, March 3, 2013

Apa Yang Perlu DS Najib Buat Agar KDN Dan MINDEF Tidak Serba Salah

Hang Setuju Kalau Kita Buat Kabinet Meeting Pasai Krisis Lahad Datu ?
Apa yang DS Najib perlu buat bagi menangani krisis di Lahad Datu ialah mengadakan mensyuarat kabinet dengan segera.

Mesyuarat dengan tujuan bagi mendapatkan kata putus terhadap tindakan yang perlu diambil.

Tindakan beliau sekarang meletakkan KDN dan MINDEF dalam keadaan serba salah kerana krisis ini dilihat seperti permainan oleh rakyat.

Keputusan kabinet dan Ahli Parlimen melepaskan tanggungjawab beliau terhadap tindakan malahan mengagihkan tanggungjawab terhadap keputusan yang dibuat kepada seluruh Ahli Parlimen.

Vietnam Hanyut Dan Penceroboh Dari Sulu

Penceroboh Sedang Mendarat Di Pantai Malaysia
Apa beza pendatang Vietnam yang hanyut dengan penceroboh dari Sulu ? Mereka adalah serupa kerana kedua-duanya adalah penceroboh haram. Itulah sebabnya mengapa kerajaan menghantar pasukan polis yang berada di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.

Kesilapan yang berlaku adalah kerana pihak polis tidak menangkap dan menghantar mereka ke Pulau Bidong sebagai tahanan pendatang haram sebelum perkara tersebut diuruskan secara hubungan antarabangsa.

Barangkali kerana mereka memiliki senjata maka pihak polis menangguhkan proses penangkapan tetapi ia bukanlah sebab untuk diadakan rundingan memandangan mereka sekadar pendatang yang tidak diiktiraf sebagai badan yang mewakili sebarang kuasa.

Benarkah Anwar Bertemu Dengan Sultan Sulu ?

Benarkah Ini Sultan Sulu ?
Hakikatnya, Kesultanan Sulu telah pupus dan tiada lagi kedaulatannya. Kedaulatan bukan sekadar memiliki tetapi juga berkuasa ke atas sesuatu jajahan yang diiktiraf.

Oleh yang demikian, Anwar Ibrahim bukan bertemu dengan Sultan Sulu melainkan beliau sekadar bertemu dengan seseorang yang berpengaruh ke atas suku masyarakat Sulu.

Sila rujuk blog ini "Blog Rasmi Asreemoro" kerana penulisnya mendakwa bahawa penulisannya adalah benar.

Thursday, February 28, 2013

Blogger Bangang Kebulur Publisiti - Romen Bini Kawan

Dulu blogger ini pernah ditangkap kerana berzina dengan bini kawan di dalam kenderaan. Kali ini beliau ditangkap kerana mencabul kehormatan bini jirannya ketika suami wanita tersebut keluar ke pasar bagi membeli sarapan.

Perangai blogger keji ini semakin menjadi-jadi hanya kerana beliau dianggap sebagai ikon dan hero yang mengepalai para blogger kelompok tertentu. Justeru beliau tidak segan silu menulis dan menyebarkan fitnah demi mengekalkan populariti dan meraih pendapatan yang lumayan.

Gambar ini sekadar perhiasan dan perenggan di atas hanya bertujuan bagi menarik perhatian pembaca blog.

Kebodohan blogger cacai pakatan iaitu milo suam terserlah apabila beliau menerbitkan gambar yang bertujuan bagi memalukan kerajaan Barisan Nasional tetapi akhirnya memakan diri sendiri.


Petikan dari berita tersebut.

Hakikatnya kejadian tersebut berlaku akibat daripada kesalahan PKNS di dalam menyelia urus tadbir aset PKNS di bawah kerajaan PKR di Selangor.

Akibat daripada tindakan milo suam tersebut, banyak blogger cacai pakatan menyiarkannya kembali dengan tujuan untuk mendapatkan hit dan mengaitkannya dengan Stadium Terengganu yang runtuh.

Friday, February 22, 2013

Habuan 9 Janda - Semuanya Salahkan UMNO

Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu ...

Kuala Lumpur: “Saya anggap ini sebagai satu kerosakan akhir zaman. Saya kesal kerana kamu semua jadikan pusat (karaoke) sebagai tempat kerja bagi ibu tunggal sedangkan banyak lagi tempat lain kamu boleh cari rezeki halal.”

Demikian teguran Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan sebelum menjatuhkan didenda RM2,800 setiap seorang atau penjara 40 hari ke atas sembilan ibu tunggal, semalam.

Mereka dikenakan hukuman itu selepas semuanya mengaku bersalah atas tuduhan mengingkari fatwa mufti dengan bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) di sebuah pusat karaoke, Jun tahun lalu.

“Saya harap kamu semua bertaubat dan menjadi seorang yang lebih baik satu hari nanti,” kata Abd Walid lagi.

Mereka terbabit ialah Erni Juita Ismail, 47; Siti Farahdilla Azua Kasim, 26; Rita Yakir, 29; Rabihah Ahmad, 37; Nor Azilah Isa, 38; Eparizan Abdullah, 30; Noriza Mohd Nor, 35; Zaiton Zainal, 42, dan Rosnita Mawardi, 35. ~ MyMetro

 

HTML5

BELASUNGKAWA
EKONOMI
FEAR FACTOR

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day